Sunday, May 8, 2011

HMD ;)

Hai, hari ini adalah hari untuk para ibu, emak, umi, mummy, dan mama. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan jugak lah selamat hari ibu untuk emak. Emak, fiqa  bangga dan sangat ber-besar hati dapat menjadi anak Cik Mimi. Fiqa juga mahu ber-terima kasih kerana dilahirkan sebagai  seorang anak yang cantik serta ayu ini. HAHA, syok sendiri !


Tiada kata yang dapat diucapkan selain dari terima kasih yang tidak terhingga serta syukor kepada-Nya kerana mempunyai seseorang seperti emak.

Janji fiqa, fiqa akan menjadi seseorang yang dapat membahagiakan emak dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan semestinya anak sulung yang baik, yang patuh, yang boleh diharapkan.

Fiqa sayang emak setiap masa, sepanjang hayat. Selamat hari ibu, emak ;)

No comments:

Post a Comment